Geografi India

India terbentuk dari keseluruhan benua kecil India, berada atas pentas tektonik India dan sebahagian lagi atas pentas Indo-Australia. Proses-proses pembentukan geologi benua India ini sudah bermula sejak 75 juta tahun lalu, apabila pentas India, kemudian, sebahagian daripada benua atas selatan Gondwana, memulakan lencongan ke timur laut melalui penyebaran dasar laut ke barat daya. Kemudian yang di selatan ke tenggara. 

Selari dengan itu, kerak lautan Tethyn ke timur lautnya mula menyulur di bawah pentas Eurasia. Proses duaan ini didorong oleh perolakan dalam mantel bumi. Kedua-duanya mencetuskan Laut India dan menyebabkan keran benua India akhirnya menindan Eurasia dan mengangkat Himalaya. 

Di samping itu, sebelah selatan gabungan Himalaya, pergerakan pentas bumi mencetuskan laluan luas yang dengan cepatnya dipenuhi oleh keladak-keladak sungai. Lalu kini menjadi lembangan Indo-Ganges. Ia dipisahkan dari dataran oleh Banjaran Aravalli purba yang membentuk Gurun Thar.

Pentas India asal berubah menjadi semenanjung India, iaitu kawasan yang secara geologinya paling stabil dan tertua di India. Ia melebar sejauh di utara sehingga ke Satpura dan ke banjaran Vindhya di India tengah. Rantaian-rantaian selari ini bermula dari pantai Laut Arab di Gujarat di sebelah barat sehingga ke Dataran Tinggi Chota Nagpur yang kaya dengan arang batu di Jharkhand sebelah timur India.

Ke sebelah selatan, longgokan tanah semenanjung yang berbaki, iaitu Dataran Tinggi Deccan, membentuk rusuk sebelah barat dan timur. Kini ia dikenali sebagai Ghat Barat dan Ghat Timur. Dataran tinggi itu mempunyai pembentukan batuan tertua di negara tersebut yang sesetengahnya mencapai usia sejuta tahun. Terbentuk seperti itu, India berada di kedudukan utara khatulistiwa antara 6° 44' dan 35° 30' latitud utara dan 68° 7' dan 97° 25' longitud timur.

Garis pantai India berukuran 7,517 km (4,700 batu) dalam kepanjangan; dari sini, jarak sejauh 5,423 km (3,400 batu) terletak di semenanjung India dan 2,049 km (1,300 batu) ke rantaian kepulauan Andaman, Nicobar dan Lakshadweep. Menurut carta hidrografi kelautan India, garis pantai tanah besar India mengandungi:
  • 43% pantai berpasir
  • 11% pantai berbatu, termasuklah cenuram
  • 46% pantai berlumpur atau berpaya
Sungai-sungai utama yang terbit dari Himalaya mengalir di India menerusi Sungai Ganges dan Brahmaputra, yang kedua-duanya bertemu di Teluk Bengal. Sungai-sungai cawangan kecil dari Sungai Ganges adalah Sungai Yamuna dan Sungai Kosi. Sungai Kosi mempunyai kecerunan yang rendah maka ia sering menyebabkan banjir dan perubahan aliran yang tidak baik.  

Sungai-sungai utama di semenanjung India, yang kecerunan tingginya itu menghalang banjir berlaku termasuklah:

Mengalir ke Teluk Bengal
  • Sungai Godavari
  • Sungai Mahanadi
  • Sungai Kaveri
  • Sungai Krishna
Mengalir ke Laut Arab
  • Sungai Narmada
  • Sungai Tapti
Ciri-ciri alam berpantai di India termasuklah Rann di Kutch yang berpaya di sebelah barat India dan delta Sundarban yang kaya dengan tanah aluvium di sebelah timur India. Delta Sundarban turut dikongsi oleh Bangladesh.

Republik India turut mempunyai dua kepulauan iaitu kepulauan :Lakshadweep yang rantaian karangan lautnya menghadap pantai sebelah barat daya India serta kepulauan Andaman dan Nicobar. Di situ terdapat rantaian gunung berapi dalam Laut Andaman. 

Iklim India sangat dipengaruhi oleh Himalaya dan Gurun Thar. Kedua-duanya ini menjadi pemangkin utama dari segi ekonomi dan kebudayaan pada musim panas dan musim angin monsun yang sejuk. Banjaran Himalaya menghalang angin katabatik sejuk dari Asia Tengah dari bertiup ke India, yang menjadikan India bebas kesejukan berbanding dengan kawasan lain yang berlatitud sama dengannya. 

Gurun Thar pula memainkan peranan dalam menarik angin monsun musim panas barat daya yang sarat dengan lembapan ketika bulan Jun dan Oktober. Keadaan ini membolehkan India secara majoritinya menerima taburan hujan. India dikuasai oleh empat kelompok iklim iaitu:
  • basah tropika
  • kering tropika
  • lembap subtropika
  • iklim dataran tinggi padang rumput